Jumaat, 22 Februari 2013

Ceramah Perdana bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al Banjari AlMakki

 
 
Ceramah Perdana bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al Banjari AlMakki pada 26 Febuari [SELASA] selepas solat maghrib bertempat di Masjid At-Taqwa,Selayang Baru.Semua Muslimin dan Muslimat di jemput hadir.

Khamis, 21 Februari 2013

Tanda - Tanda Terkena Sihir Cinta


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil4FwAtebheRUSGRCZnrx50cd2zAtJl6LykZU6vmuPVyjCs6o59k4TlZCiQHRWeardJSRJN9zHlFae5suDffr1TVNnMPSRhKGgoDz45ooTXLDz_BeH7i70qWXHTcn8B-s7EUgo-gSV/s320/1.1.jpg

Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sgt dan nak kahwin.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari..perkahwinan tiba-tiba dibatalkan, tiba-tiba malas melayan suami/isteri.. 

Bagaimana disihir : Selalu orang guna minyak dagu..Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dgn berita dlm newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu.. 

- Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh) 

- Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan 

Rawatan: 

--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69
      ( Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki )
--> Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi
--> Jangan jumpa bomoh(jumpa pakar perubatan Islam yang sah takpe). Hadis sahih muslim kata siapa
      jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam

Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam : 

- Minta nama ibu
- Minta barang/pakaian pesakit
- Minta ayam/binatang nak sembelih
- Baca jampi yang kita tak faham
- Memberikan tangkal
- Dia memakai tangkal
- Suruh tanam 'barang' untuk pendinding rumah
- Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita
- Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah
   suami isteri)..

Abu Hurairah 'Bapa Kepada Kucing'


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBZ7oJHO6PTvAHkEwNMnNSFvZRwFn3yxPbKTMMy7RSiH9vej3iXj2EEIFyYeGoW73NDHcRbJR31ozVlIGPQub5mD2vRvJ24v6f-sfxquvgc3cXzx44lY3KrYXdFTENBGbQDDGGtLxbl0g/s1600/bapa+kucing.jpg

 Abu Hurairah..siapakah dia? Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.

Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4BoKCRKT9XDCI1JS10omMT1H52_JvAhEr1XMhggKrhODaD3L54wmmQ9pXgov1sejavWyJHGih5pEdD-c85XeLBFtVQrTtrT6M7w9DPCFqDckJ6gSbdN0gW2qD5UAmciiXGM48E8p1q5lh/s1600/meow.png



Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.

sumber dari khairilmazri.com

Isnin, 18 Februari 2013

Tazkirah Ust. Haslin Baharim


Pesan Almarhum Datuk Ust Fadzil Noor

Pesan Almarhum Datuk Ust Fadzil Noor, mantan Presiden PAS.

KELEBIHAN SURAH AL-MULK




Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

===> Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:


===> 1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

===> 2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)


===> 3. Hati Beriman

Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


===> 4. Mendapat Keistimewaan

Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”



InsyaAllah, sama-sama kita doakan supaya Allah terus membuka dan melembutkan hati kita untuk terus terpaut dengan Al-Quran, dan terus istiqomah dalam melakukan kebaikan.

Tidak rugi kan kita baca Al-Mulk. Kalau boleh, kita baca la sendiri sebelum tidur setiap hari.


Bacalah Al-Quran sahabat, jangan biarkan rumah atau bilik kita itu menjadi seperti kubur yang sepi, seperti rumah yang tidak berpenghuni kerana tiada dibacakan ayat-ayat Allah di dalamnya.

Pesan Ust. Don


10 perkara tidak perlu ada pada facebook


15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH




15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Khamis, 14 Februari 2013

Hospital Rehabilitasi Cheras




Hospital Rehabilitasi Cheras telahpun mula beroperasi dan menerima pesakit sejak 2 Julai 2012. Ia merupakan Pusat Rujukan Negara dan Pusat Kecemerlangan bagi disiplin Perubatan Rehabilitasi. Hospital ini akan menerima kes-kes yang memerlukan rawatan rehabilitasi yang telah melalui fasa akut yang kini memerlukan rawatan pasca akut sama ada untuk jangkamasa panjang atau pendek.
Berikut adalah alamat, nombor telefon dan faks hospital tersebut:

Hospital Rehabilitasi Cheras
Jalan Ya’acob Latif
56000 Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur 
No. Tel : 03-91453400
No. Faks : 03-91300731


Berhadapan dengan Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan menghubingi nombor yang tertera.

Jumaat, 8 Februari 2013

Rangka Umat Nabi Nuh Dijumpai!



Subhanallah, Rangka Umat Nabi Nuh Dijumpai! - Terbakor

Subhanallah, Rangka Umat Nabi Nuh Dijumpai! - Terbakor
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Ahad, 3 Februari 2013

Keadaan Apabila Diseru Meniti Titian SIRATULMUSTAQIM!




Allah s.w.t menyeru, “WAHAI MUHAMMA!BAWALAH UMATMU UNTUK DIHISAB DAN LINTASKAN MEREKA DI ATAS SIRAT YANG DILEBARKAN.PANJANGNYA SEJAUH 500 TAHUN PERJALANAN!”

Malaikat Malik berdiri di pintunya(neraka).Dia menyeru “WAHAI MUHAMMAD!SESIAPA YANG DATANG DARI UMATMU DAN BERSAMANYA ADA PELEPASAN DARI ALLAH S.W.T MAKA DIA AKAN TERSELAMAT!SEKIRANYA SEBALIKNYA,DIA AKAN TERJATUH KE DALAM NERAKA!WAHAI MUHAMMAD!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIRINGANKAN AGAR BERLARI!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIBERATKAN AGAR BERJALAN!”

Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik “WAHAI MALIK!DENGAN KEBENARAN ALLAH S.W.T KEATASMU,PALINGKANLAH WAJAHMU DARI UMATKU SEHINGGA MEREKA DAPAT MELEPASI!JIKA TIDAK,HATI MEREKA AKAN GEMENTAR APABILA MELIHATMU!”

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari kita,Umat Nabi Muhammad.Kita telah dipecahkan kepada sepuluh kumpulan.Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada kita
“Ikutlah aku wahai umatku di atas sirat ini! ”

1.Kumpulan pertama berjaya melepasi seperti kilat yang memancar.
2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang
3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik
4.Kumpulan keempat seperti burung yang pantas.
5.Kumpulan kelima berlari
6.Kumpulan keenam berjalan.
7.KUMPULAN KETUJUH BERDIRI DAN DUDUK KERANA MEREKA DAHAGA DAN PENAT.DOSA-DOSA TERPIKUL DI ATAS BELAKANG MEREKA.NABI MUHAMMAD BERHENTI DI ATAS SIRAT.SETIAP KALI BAGINDA MELIHAT SEORANG DARI KITA BERGAYUT DI ATAS SIRAT,BAGINDA AKAN MENARIK TANGANNYA DAN MEMBANGUNKAN KITA KEMBALI.
8.SESIAPA YANG BERADA DI KUMPULAN KELAPAN AKAN MENARIK-NARIK MUKA SENDIRI DENGAN RANTAI KERANA TERLALU BANYAK KESALAHAN DAN DOSA-DOSA.BAGI YANG BURUK,KITA AKAN MENYERU “WAHAI MUHAMMAD!” NABI MUHAMMAD BERKATA “TUHAN!SELAMATKAN MEREKA!SELAMATKAN MEREKA!”
9. DAN 10.SESIAPA YANG BERADA DI DALAM KUMPULAN INI,KITA AKAN TERTINGGAL DI SIRAT KERANA TIDAK DIIZINKAN UNTUK MENYEBERANG
lepas aku baca semua ini,terus aku menangis dan terfikir:

Ya Rasulullah,begitu banyak pengorbananmu kepada Umatmu!Sehinggakan Kau menolong kami di akhirat,kau memberikan kami syafaat,tapi kami,selalu melupakanmu,selalu lupa berselawat keatasmu,sedangkan kami tahu bahawa hanya kau sahaja yang dapat memberikan kami syafaat dan hanya kau sahaja yang dapat menolong kami di akhirat kelak!

Diriwayatkan bahawa di pintu syurga,ada pokok yang mempunyai banyak dahan,Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah s.w.t sahaja yang tahu.Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati di semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan,kurang dan lebih sebelum mereka baligh,Apabila mereka melihat ibu bapa mereka,mereka mengiringi dan menyambut mereka memasuki syurga.Mereka memberikan gelas dan cerek serta tuala dari sutera.Mereka memberi ibu bapa mereka minum kerana kehausan kiamat.Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka,Suara tangisan mereka semakin nyaring.

Kanak-kanak itu berkata “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat ibu dan bapaku!”

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul .Mereka berkata “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia!”

Malaikat berkata kepada mereka “BAPA-BAPA DAN IBU-IBUMU TERLALU BERAT DOSA MEREKA.MEREKA TIDAK DITERIMA DISYURGA AKIBAT DOSA MEREKA”

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari seblumnya dan berkata “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah s.w.t mengampuni dan menyatukan kami dengan mereka”

Demikianlah orang -orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama iaitu sirat.Ia dipanggil “tempat teropong”.Kaki mereka akan tergantung di sirat.

Nabi Muhammad s.a.w melintasi sirat bersama-sama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang-yang taat selepasnya.Di hadapannya ada bendera-bendera yang berkibaran.Bendera kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syrga,kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.Rasulullah s.a.w bersabda “apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?”

Malaikat menjawab,”mereka menangis kerana berpisah dengan ibu bapa mereka
Nabi s.a.w bersabda “aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberikan syafaat kepada mereka.Insyallah”

Nabi Muhammad s.a.w memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang.Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka.Kita memohon kepada Allah supaya kita masuk di dalam keutamaan ini dan menjadi sebahagian dari mereka.Insyallah

Dosa akan datang dalam 4 peringkat




Dosa Peringkat Pertama..

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya…. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua…

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya… Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya….Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, “Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. “Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN… Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..


Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini.” Rasullullah menjawab,” Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap.” Sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut. “Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.”



Wallahualam…

3 Jenis Makanan Dalam Neraka




Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?

(1) ZAQQUM

Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).

Ibnu Abbas berkata:

    “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Rasulullah saw bersabda:

    “Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”

Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

(2) GISLIN

    Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:

1~ Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)

2~ Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)

3~ Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)

(3) DARIE’

Firman Allah swt:

    Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:

1~ Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).

2~ Batu (pendapat Said bin Jubair).

3~ Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).

4~ Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)

Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:

“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra,

    Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)

Ibnu Abbas berkata:

    “Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”

KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik.

Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.”

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

RUJUKAN:

Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.