Jumaat, 11 November 2011

Bila Al Quran Mula Bersuara... -_-" ???

Assalamualaikum..
sorry kali ni zam agak bzy sikit dengan masalah negarala katekan.. haha.
rindu gak kat blog ni..

okla, hari ni zam nak kongsikan sedikit tazkirah pagi kepada kawan2 semua... sebagai renugan kita pada hari jumaat yang indah ini..


ha.. dari tajuk entry kali ni cube korang bayangkan macam manela kalau alquran yang kita baca sebelum ni bercakap dan maluahkan isi hatinye pada kita.. tak pelik ke?
msti ade yang lari lintang pukang macam nampak hantu kan??

tak ada yang pelik dalam dunia ni andai semuanye dengan kehendak Allah..

kat bawah ni zam nak kongsi sedikit ape prasaan Alquran kalau Alquran ni mampu bersuara macam kita dan meluahkan peras

aan pada kita
jom kita renungkan sebentar bersama semoga kita dapat nilai diri kita..

Bismillah........



Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau sanggup duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu senang membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

P/S : fikir-fikirkan dan renug-renungkan...

Ahad, 6 November 2011

salam aidiladha...^_^


Assalamualaikum sume..



ha.. di kesempatan ni zam nak ucapkan salam aidiladha wat sume umat islam..
klo aidiladha ni slalu orang tau pasal koban lembu dan kambing.. tp kena ingat gak, kekadang ade gak orang yang pasang hajat buat akikah..


tang ni la yang zam nak tekankan cikit... ramai orang tak tau dalam istilah daging agihan koban dan daging akikah..
kalau daging akikah, kita dok pakat sembeleh dan makan beramai2, maksudnye daging tu kenala dihidangkan pada orang ramai selepas sembeleh tu.. kalau daging korban lak, daging ni la bru kt agih2 kan dan diutamakan dulu utk orang yang kurang berkemampuan,, kita yang mampu ni kena lah bersabar ye..

ok.. sekarang zam nak bagi tau kekeliruan pada daging korban dan akikah pada seekor lembu..
andai kata la si fulan bin fulan nak wat korban dan akikah pada seekor lembu dan tuan punye hajat tu tak ade ,ala si tuan punye lembu tu pun amanahkan kepada orang yang ditugaskan untuk melaksanakan ibadah korban. pada pendapat korang sume, macam mane daging korban dan akikah tu nak di bahagikan???
|
|
|
V
OK.. jangan pening pale.. zam ade jawapannye.. macam biase la rukun2 korban dan akikah mesti kita ikut.. caranye:
lepas shja lembu tu di sembeleh, dengan niat tuan punye hajat dan dengan kebijaksanaan oranag yg ditugaskan itu, daging tu kena di bahagikan sebahagian daripada daging tu utk bahagian akikah.. contoh bahagian kaki lembu dijadikan bahagian akikah.. selebihnye adelah bhgian korban.. nah.. itu jawapannye...




fadhilat aidiladha

1. Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

2. Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." (Surah Al-Maidah, ayat 48)

3. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

4. Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)

5. Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah Al-Maidah, ayat 27

p/s: mari kita sama2 hayati kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar, dan Nabi Ismail a.s, semoga kita mendapat syafaat di hari yang penuh barokah ini..

Rabu, 2 November 2011

Detik yang mendebarkan....

assalamualaikum readers...

hari ni zam nak citer sikit pasal result xray zam semalam... fuh! memang menakutkan...
actually semalam, sebelum zam gi xray hati zam dah cuak sikit takut ade pape effect kat tulang peha mase jatuh bulan lepas.. macam biase la zam gi hospital wat macam hospital sendiri. gi hospital pakai t-shirt dan kain plekat.. hoho(^o^ ) .. .alhmdulillah.. bila dokter kate tulang dah bercantum hati zam dah melompat lompat.. rase nak je lompat dalm bilik dokter tu.. ingat zam, hang tu tak cihat watla care tak cihat ade hati nak lompat.. hoho happy sangatla katakan... zam masih lagi berjalan dengan menggunakan tungkat dan 1 kaki je.. T_T


dalam happy2 tu pun masih ade gak yang tak memuaskan hati dokter.. nak tau ape dia??? jom kit usha gmbar bawah ni

sorry gambar ni ade cahaya lampu lak... zam nak nak ambik gambar xray ni tapi tak jelas. so, zam pun gunala lampu tepon nak wat lampu tuk nmpak gambar.. ok. zam pendekkan citer.. korang nampakan lampu tu tunjuk kat mane???
lampu tu zam halakn tepat2 kat tulang yang dah tak de harapan utk bercantum.. semalam dokter kate kemungkinan zam akan kena bedah balik dan dokter ade kate 2 kaedah yang digunakan mase bedah balik..
1. dokter akan ambik sum2 tulang dari tulang yang lain dan dokter akan masukkan kat tulang peha zam untuk berpotensi tumbuh tulang baru..
2. dokter akn potong sedikit tulang kaki mungkin tulang keting dan dokter ikatkan kat kawasan tulang yang berlubang tu supaya dapat tumbuh yang baru.

kiranye dokter kate kena create tulang baru.. hoho..

bagi menyedapkan hati zam yang resah, gelisah, and macam2 lagi mase tu, dokter bg peluang kat tulang peha zam dalam masa 1 bulan dari tarikh semalam.. andai result masih same, huhu.. bersiap sediala kau zam.. kami akan berbincang dengan dokter bedah yang buat operation kat zam mase zam operate dlu.. dalam hati ni dah tak selesa lagi.. memang pilu je.. nasib baik ade ibu dapat gak abah luahkan prasaan time tu.. terima kasih ibu...



ha.. yang ni bab yang paling best.. ni la gambar xray lutut zam... dokter tak komen pape dah... sebab dah sembuh ^_^
now problem kat zam nk bengkokkan lutut.. memang sakit.. lutut zam sekarang cume leh bengkok sikit je. sedih tol.. T_T .. tak pela.. zam tak akan putus ase.. zam nak cepat sembuh.. nanti dapat berkejaran dengan ibu balik.. :P


ok la.. sampai sini je dlu zam update perkembangan xray zam.. next date dengan dokter 29/11/11.. nanti zam akan update perkembangan seterusnye...

assalamualaikum...