Ahad, 25 Disember 2011

khas untuk orang lemah semangat

assalamualaikum readers


hari ni zam nak sharekan satu lagu yang zam suke sangat dengar dan jadikan panduan dikala zam tengah down..
zam pernah nyanyi dalam hati lagu ni mase zam dekat wad sebelum nak gi bedah.. waaa.. memang takut la time tu.. tapi nak wat macamne, my mum always be with me and always remaind me remember to Allah.. pray and pray..
alhamdulillah.. dah hbis bedah tenang hati zam..

kita balik pada topik asal.. lagu ni memang best la.. lagu ni inspirasi dari kumpulan UNIC sebelum ahlinye berpecah dan menjadi kumpulan baru UNIQUE.
so, sama2 la kita layan...

semoga membari semangat kepada yang mendagar...

Lirik Langkah Tercipta - Unic


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

Ahad, 11 Disember 2011

rahsia kebahgiaan rumah tangga

Assalamualaikum readers....


hari ni zam nk kongsikan serba sedkit berkenaan langkah2 keselamatan yang perlu ada pada setiap diri suami atau istri bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga..
kat bawah ni zam ade coretkan tips2 yang berguna utuk kita bersama.. tips ini gak zam amalkan dalam rutin rumah tangga zam.. :)

zam harap sedikit sebanyak dapat membantu korang sume dalam menyelesaikan masalah rumah tangga..

* Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
(Ingat itu pengaruh iblis laknatullah dalam melihat kehancuran ikatan murni yang dibina)

* Tidak mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain.
(Bawa bertenang, istighfar segera)

* Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
(Tidak rugi lagi meninggikan)

* Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
(Gunakan cara terbaik menarik dan memujuk pasangan. Ikhlaskan hati)

* Tidak mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu.
(Elakkan sama sekali perkara ini. Setiap orang tidak suka kesalah diungkit dan diceritakan kembali. Apa yang dah berlalu, biarkan ianya..ambil ikhtibar agar tidak berulang kemudian hari)

* Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada untuk tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
(Terutama bagi yang berkerja, jarang berada dirumah melayan suami dan anak-anak)

* Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan.
(Sebaiknya, berinterasi berhadapan dengan kata-kata baik dan cara yang baik. Tak perlu beremosi atau memendam. Bincang cara baik)

* Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari. (Ikut cara pasangan)

* Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
(Inilah sebaik-baiknya. Makin tinggi nilai peribadi insan itu jika suka mohon kemaafan atas kekhilafan).

* Tidak lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang bersalah paling banyak berbicara. (Oleh itu salah seorang mesti berdiam dan mendengar. Jika banyak berkata..maka timbul lagi rasa tidak puas hati & marak lagi apinya.. jadi air seketika..untuk tenang, Banyak bicara ----> datang banyak silap ---> + dosa ___ akhirnya = neraka tempatnya. Elakkan ye)

* Membimbing anak. Seorang suami yang tidak mengabaikan tanggungjawab seperti:

~ Memberikan nama yang baik anaknya
- Memberi nafkah (zahir & batin; bagi isteri & anak)
# Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya. (pendidikan agama bukan sekadar hantar ke sekolah sahaja.. malah perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian)


p/s : kebahagiaan rumah tagga melambangkan salah satu kejayaan kita didunia, dan sebahagian jalan untuk menuju ke syurga...

Jumaat, 9 Disember 2011

tepuk dada tanya iman...

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....


p/s: renung2 kanla yer..






wife vs girl friend

assalamualaikum readers


Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV, go out bring HP.

Normally people only have 1 TV, but HP can have until 2 or 3.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated

TV is big, bulky and most of the time old, but handphone is cute, slim,

curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,

Most Important, TV got remote.. HP don't have..
.
.
.
.
.
.

Last but not least....... .!

TV do not have virus, but h/p yes......... .have VIRUS....... ........ once get it, terus KONG........ hahahahaha. .....
so better choose TV .....


p/s: for me, wife is everything.. :)








Rabu, 7 Disember 2011

Alasan paling selamat

Korang pernah tak fikirkan ape alasan nak diberikan bile nak cover
up sesuatu situasi? Berikut adelah contoh2 alasan yang boleh
korang try......

1. Korang datang lambat ke pejabat dan supervisor bertanye kenape
lambat? Korang jawab..
(a)Sorry encik, saya punye jamban tetibe meletop, so terpakse
pinjam jamban jiran
(b)Saya ingat encik cuti...tu pasal lah saya lambat
(c)Maaf encik, saya ternaik kretapi KTM instead of kretapi SMRT
(d)Oh lambat ye? tah eh...tak perasan pulak, (lepas tu dudok buat kerjer
jgn toleh2)


2. Korang malas nak kejer so pi jumper dokter nak mintak MC, korang
cakap....
(a)Uhuk Uhuk Uhuk Uhuk arghhhh..arghhhh (sambil jari tunjuk kat
tinger)
(b)Dokter, semlm saya termakan kucing saya, sekarang nie tercekik tulang kucing..
(c)Semalam saya takbleh tido pasal tertengok bola, sekarang nie macam nak terMC, bleh tak terkasi MC?
(d)Dokter idung saya bleh dengar...saya sakit kan dokter?


3. Anda terkentot kuat, bau dia sampai kat tekak, sumer org tengok
anda, anda pun.....
(a) Bangun dari tempat duduk dan eksyen kene strok, mulut kasi kuar
buih siket, nampak realistik
(b)Dgn pantas menoleh ke orang yang duduk sebelah anda sambil menutop
idong, kalao bleh try muntah
(c)Anda senyum lalu berkater"Ye sedare demikianlah tadi demonstrasi
saya yg terunggul, diharap anda telahpun terhibur dgn demonstarsi
tersebut..terima kasih"
(d)Buat muke sardin


4. Anda ditahan polis trefik keraner memandu terlalu laju, utk
menyelamatkan diri dari disaman anda cakap.....
(a) Saya punye tapak kaki nie tetiber je cramp, jadi saya tak boleh naik
kan pedal accelerator tu
(b) Maaf encik, saya ingat encik kejar saya pasal saya pandu takde
lesen, sebabtu lah saya pecut, ruper rupernyer pasal saya speeding eh?
(c) Ok ok i speeding u catch lah...but u speeding to catch me who will
catch you??
(d) Alamak sori ah ader urgent ah..nak terberak nie...dah kat
ujung...anytime je nie


5. Anda makan mlm dengan seorang wanita yang baru dikenali, time nak bayar
anda baru prasan yang anda takder duit...anda pon cakap pada dia....
(a)"Eh?...alamak!.....mane pegi beg duit i?....shit!.." pastu buat
muke penik, but make sure jangan tunjuk wallet yang terselet kat poket tu.
(b)"I nie bukan aper...i nie baru teringat tadi i dah dermakan duit i
kat budak kutip derma tu, sian tengok muker dia, tak sampai hati i
tengok orang susah macam tu, u bleh bayakan dulu? besok i ganti...promise"
(c)"Hey! comel..u nie cute ahh...nak bergurau dengan i ye? cepatlah
pulangkan beg duit i...i nak baya nie"
(d)Jgn cakap aper aper...angkat kaki teros lari, jangan toleh belakang
lagi.


6.Kawan anda tetiber datang nak pinjam duit...anda memang tak nak kasi
pinjam.. anda cakap....
(a) " Aku tengah kumpul duit buat naik haji tahun depan lah"
(b) " Alerrrrrrr....aku baru nak pinjam duit dari kao"
(c)" Maaf..hari nie mesen cap duit aku rosak lah" kalau dia tanyer
biler tak rosak? Anda jawab "Biler kau tak nak pinjam duit baru dia tak
rosak"
(d) " Siaper kao?"


" Kalau korang nak ikut tektik yang diatas tadi harus ingat ia
memerlukan keyakinan diri yang menebal disertakan memek muka yang sangat
berkesan..selamat mencube"

p/s: cuma sekadar hiburan je. hope u all enjoy





terapi hari ni best!!

assalmaualaikum..

alhmdulillah.. makin hari makin cihat kaki zam ni.. bersyukur sgt zam rase..
tadi mase terapi, pakar terapi yang ambik kes zam.. sebab masih berisiko untuk buat lathan..
walau mcmne pun zam suke cara pakar td tu... takde la asyik baring kat tilam je... mule2 td pakar tu die ukur takat perkembangan bengkok lutut zam.. alhamdulillah.. ade perkembangan.. sekarang dah boleh bengkok sebnyak 80 degree.. wahh!! dah hampir 90 degree.
lepas ni boleh la bawa kereta.. i miss my car.. T_T

hari ni zam main kayuh basikal.. yang peliknye zam mmpu kayuh selaju 80 km/j lajukan..
tak rase sakit lak peha ni walaupun tulang masih lom sempurna lagi...
zam kayuh sejauh 3.3km.. emm.. kalau jalan kaki ni memang penat..
sebabnye zam penah tolak motor mase tayar bocor dr perhentian senawang sampai ke tol senawang.. fuh,, memang la jauh... basah gak la bju mase tu... tapi td tak la basah sbb duduk je... :)

lepas zam main basikal, zam main jungkang jungkit.. teringat mase kanak2 dulu.. haha.. tapi yang ni bkn zam duduk, tapi kaki zam uang main.. agak terase sikit la sakitnye sebab zam kne berdiri dua kaki.. tapi memamg best la...


ni la alatan yang zam gune untuk terapi tadi..










Isnin, 5 Disember 2011

masih menanti keputusan dokter..

Assalamualaikum..

seperti zam peernah bagit tau kat entry yang lepas, zam akan bagi tau semua tetang xray zam kali ni.. kali ni dokter tak citer banyak sebab zam jumpe dengan special list.. mereka just lanjutkan MC zam kepada 2 bulan.. penantian tetap sama.. dokter kate kite tengok lepas 2 bulan ni... kalau tak ade perubahan, kami akn bincang dengan dokter bedah untuk buat pembedahan semula...

xray kali ni zam tak ambil gambar sebabnye xray nye sama dan resultnye pun same dengan xray bulan lepas.. doakan zam cepat sembuh yer.. nak tengok xray lepas boleh klik dekat link bawah ni
detik yang mendebarkan

tarikh next xray:-
31/1/2012