dah lame tak buat entry.. lama2 rindu gak nak mengarang ni.. Bulan lepas, pihak insuran orang yang melanggar zam telah membuat satu permintaan untuk melakukan medical checkup di hospital Gleneagles yang terletak di Jalan Amapang..
Alamat: 282-286 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon: | +603-4141 3000 |
Fax: | +603-4257 9233 |
Website: | http://www.gleneagleskl.com.my |
Email: | katrina@gleneagleskl.com.my |
Pengiktirafan kualiti: | JCI,ISO,MSQH, |
mengikut jadual temujanji, tepat pukul 10 dah sampai diperkarangan pintu masuk hospital.. disebabkan keaadaan dah macam ni, taknak ambil risiko sebab jalan ampang merupakan sebahagian jalan yang dah banyak berlakunye kemalangan antara salah sorang adelah diriku sendiri. dengan mengambil jalan selamat, perjalanan ke Gleneagles dengan menaiki teksi.
pukul 10 sampai di pintu masuk, agak terkejut jugak la sebab kelihatan seperti hotel.. betul ke ni hospital. memang tak pernah terfikirla akan sampai kat hospital yang serba mewah. mulenye dengar2 dari orang hospital tu memangg expensive.. skali dah depan mata agak terdiam juga la sebab 1st time.. hehe...
perjalanan diteruskan mule2 kena cari bilik dokter. memang tak hairan la dokter 1 bilik sorang special lagi tu siap ade kaunter pembayaran kat dalam. lepas dah bertemu dengan PA dokter tu, die mengarahkan zam supaya melakukan xray di bangunan sebelah.. rase penat jugak la perjalanannye.. zam pun pergila ke blok sebelah untuk buat xray. tunggu punye tggu turn zam sampai.. bile aku masuk je ke ruangan xray, alatan die memang canggih. tak dinafikan kepuasan pesakit kalau dok situ macam duduk kat hotel je.. memang best la..tu belum di intai bilik pembedahan lagi.
apa2 pun zam taknak la cerite panjang.. kalau ade yang mintak zam cerite baru zam akan ceritekan...kat bawah ni ade la sedikit gambar dan maklumat yang zam nak sharekan kat kawan2 semua berkenaan gleneagles hospital ni.. kalau tak silap zam pernah terbaca artikel berkenaan ade sepasang artis malaysia pernah pergi kesana.. tak hairan la kalau artis yang pergi... semua orang mesti nak buat yang terbaik untuk mendapatkan rawatan..
ni contoh pemandangan dalam hospital Gleneagles KL. |
senarai cos untuk 1 malam bg pesakit siap dengan sevis seperti makan dan minum serta kemudahan yang lain |
ok la... zam nak siap2.. jap lagi nak pergi jumpa peguam zam nak berbincangkan berkenaan perbicaraan zam yang akan berlansung di Mahkamah Syeksen jalan duta pada 13 Julai 2012 jam 9 pagi.. tolong doakan zam menang ye kawan2..