Sabtu, 22 Oktober 2011

Bagai lalang ditiup angin


Assalamualaikum sume..
Emm. tak tau la ape nak jadi lepas excident ni...
harapan sembuh maacm nornal tu insya Allah ade..
maybe take time. sebab terok sangat.. :'(
tak pela pape pun sume dengan izin Allah yang Esa..
tu la kehidpun zam sekarang.
bagaikn lalang ditiup angin..
menanti hari mengikut arah angin.
sampai mase warne dah berubah, ianye pasti akan mati..

pape pun hidup perlu diteruskan..
yang penting kita sentiase mendapat rahmat dariNya.
Amin... :)

thank sume sebab sudi singgah... kita jumpa lg esok..
Assalamualaikum...


.....D@rk_M@$t3R......

Jumaat, 21 Oktober 2011

Warkah buat istri..


Bismillahirrahmanirrahim...

Kehadapan Istriku yang dirahmati Allah, semoga senantiasa dalam Rahmat Allah s.w.t. Ibu sedang main apa dengan baby kita? Semoga permainan yang ibu beri mengajarkan anak kita mengenali Allah yang Esa.

Istriku yang solehah...
Maafkan Abah ya, jika selalu pulang malam dan selalu mengganggu dengan suara deritan pintu yang membuat dirimu terjaga dikala lena, yang selama ini abah lakukan semasa dari mula pernikahan kita sampai sekarang. Niat abah Cuma satu mencari rezeki untuk keluarga kita, dan rezeki untuk anak – anak kita. Disaat abah pulang lewat, ibu terjaga dengan kepulangan abah, abah sering mengatakan : ”Maafkan Abah ya" ibu hanya membalas dengan senyuman manis, menjadikan suasa kepenatan abah menjadi ceria kembali. Ibu sambut dengan tenang kepulangan abah. Terima kasih ibu.


Istriku bakal penghuni syurga...
Maafkan Abah ya, jika, sejak Adam Iman kita hadir ke permukaan Bumi, Abah sering asyik tidur kerana kepenatan bekerja dan kadangakala dengan tidak sengaja membiarkan ibu bersendirian mengurus anak kita ditengah malam atau menjelang subuh, disebabkan anak kita terjaga dan nangis, demi Allah, tak ada niat dihati ini untuk membiarkan ibu lakukan seorang diri, sekali lagi maafkan Abaha ya...
Semooga Allah jadikan kesabaranmu dalam mengasuh anak kita menjadi amal kebaikan terbaik di sisi-Nya. Semoga setiap titisan susu ibu yang mengalir ke tubuh anak kita menjadi penambah bekalan amalan kebaikanmu di sisi Allah SWT dan menjadi tiket menuju Jannah-Nya.


Istriku, bidadari dunia dan akhirat...
Maafkan juga kalau Abah jarang di rumah saat hari kita sepatut bersama, sekali lagi, hal itu Abah lakukan demi dakwah, Islam dan keluarga kita. Abah mengaku bersalah terhadap ibu sebab kadang – kadang dengan tidak sengaja mengabaikan ibu bersendirian di rumah. Walau perbagai rintangan yang kita sama – sama hadapi, Abah tetap yakin ibu tabah dan mampu melakukannya dengan senyum manis yang mampu mengubah segalanya manjadi kembali tenang. Segala derita yang kita hadapi menjadi satu keindahan pada kita walaupun susah untuk kita terima. Ibu selalu disisi abah dikala abah memerlukan dan dikala abah kesunyian. Ibu sering membantu abah memberi idea yang bernas, menjadi tempat abah mengadu, menjadi ubat segala derita abah dan abah tidak terkata lagi bahawa pengorbanan ibu dalam membantu abah membina keluarga bahagia amat besar. Tiada tempat pengganti ibu di hati abah lagi.


Istriku...
Terima Kasih atas semuanya ibu...
Diantara sikap kasih sayangmu itu terselit satu keistimewaanmu iaitu ibu tak pernah jemu memberi nasihat, memberi pendapat, memberi teguran dan bersabar dengan segala rintangan yang kita hadapi bersama ... Abah mintak maaf ye andai abah belum memberi apa – apa walau ibu tidak pernah meminta satu pun dari abah.


Istriku... Aku sayang padamu... aku tak akan mengecewakan dirimu slg dikau bergelar istri kepada diriku dan ibu kpd anak - anak kita.. Terima kasih yang tidak terhingga buat mu syg...


Doa Kebahagiaan bersama:-

“Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera pernikahan ini,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
Amin Ya Rabbal Alamin.

Coretan puisi untukmu…..

Cinta adalah kekuatan
yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibah,
itulah cinta!

Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang. Namun tanpa lidah, Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur Cinta sendirilah yang menerangkan cinta
dan percintaan!

Kau mencintaiku Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka

Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa

Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga

Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia. Tak pernah lelah Meneduhkan gelisah nyala


..D@rk_M@$t3R..

Khamis, 20 Oktober 2011

mari renung seketika.. :)



22 tanda hari kiamat semakin hampir :


1.Sembahyang di...abaikan (diringan-ringankan).


2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.


3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.


4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.


11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).


12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.


14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.


15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,


16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.


17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.


18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.


19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.


20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Rabu, 5 Oktober 2011

xray yang menakutkan... :'(

Assalamualaikum sume..

Kali ni zam nak cerita sedikit tentang result xray zam semalam...

Baiklah, zam akan mulakna dengan berita gembira dahulu... Gambar diatasa adalah gambar xray lutut kanan zam yang mengalami kecederaan semasa kemalangan 3 bulan lepas.. Alhamdulillah, semalam dokter kate lutut zam dah pulih dari kecederaan.. kalau dilihat pada gmbar, skrew yg dokter masukkan dalam tulang betis zam dah pun tertanam sempurna dan kesan tebukkan dah pun diselaputi tulang... kire dah tak nampak lagi kepala skrew tu lagi...
lega hati zam masa tu... :)



Gambar atas merupakan xray tulang peha zam.. k.. zam dah bahagikan kepada 3 bahagian pecahan tulang.. pada bulatan pertama (bulatan atas sekali), zam nk bagi tau yg sebenarnya pada tulang peha zam ade tulang yang pecah.. samasa operationz dokter dah masukkan tulang pecah tu dgn tulang - tulang yg lain, kire dookter dah satukan semula,, tapi yang menyedihkan dokter tak lakukan ape - ape pada tulang yang pecah tuz dokter cume masukkan saje.. bila zam dah sampai rumah, zam nk jd manusia biasa, zam pun lasak macam orang sihat.. nk cepat sembuhla katakan.. bila xray je zam tengok dah cuak.. zam risau la sebab tulang tu dah terkeluar.. korang boleh tengok pada bulatan paling besar serpihan tulang peha zam.. ok.. bulatan yang tengah - tengah menunjukkan patah dua tulang peha zam.. semalam dokter ade bagi tau tulang tu dah mula bercantum.. tapi masih lembut lagi. dokter tak bagi zam pijak sebab tulang baru mula nak bercantum... mengikut kata dokter semalam, tulang akan bercantum semula pada jarak tulang 2mm.. tapi tak taula betul atau tak..

Pada tulang yang bawah sekali zam tak tau ape plan dokter.. :'( ... tapi dokter adae bg tau yg ruang tulang pada bulatan atas ade potensi untuk tumbuh baru.. cuma makan masa sikit.. tak ape la. asalkan zam sembuh mcm sedia kala.. Insya Allah.. ok.. sampai disini coretan zam untuk kali ini.. doakan zam cepat sembuh ye.. Assalamualaikum...