Isnin, 7 April 2014

Khulafa Ar-Rasyidin (Khalifah Ali bin Abu Talib)

Khalifah Ali bin Abu Talib

       Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan supaya Saidina Ali menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Namun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju menjadi khalifah.

        Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam, iaitu Perang Jamal ("Perang Unta") antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang ini berjaya dipadamkan oleh Khalifah Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali ke Madinah sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
Saidina Ali wafat pada tahun 661 M akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)