Khalifah Ali bin Abu Talib
Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan
wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri.
Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan supaya Saidina Ali
menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Namun selepas didesak oleh
pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju menjadi khalifah.
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam, iaitu Perang Jamal
("Perang Unta") antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut
Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan
Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang ini berjaya dipadamkan
oleh Khalifah Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar
Saiditina Aisyah kembali ke Madinah sementara Perang Siffin
pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di
Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan
ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
Saidina Ali wafat pada tahun 661 M akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.