Khamis, 23 Februari 2012

Peringatan yang amat mendalam maksudnya

Assalamualaikum readers sekalian...


    Bangun subuh tadi abah kejutkan ibu untuk berjemaah sekali.. alhamdulillah.. selesai solat subuh kami dan kami dapat hirup udara anugerah Allah yang tak ternilai ni..

    selepas solat subuh, ibu terus masuk tido sebab ibu ngantok lagi katanye.. abah pun tak kisahla asalkan ibu dah solat. maklumla istri masih belajar lagi bergina la rutin harian beliau sebagai seorang pelajar yang penat study tambahan dah nak habis sem.

    abah mcm biase menjalankan aktiviti ilmiah mencari ilmu pada pagi hari.. pagi ni abah bukak youtube degar ceramah ustaz azhar idrus.. abah tertarik pada 1 video clip ni.. abah dah postkan.. dalam video clip ni ustaz azhar dan ustaz don dalam satu tejuk membincangkan isu yang sama.. yakni berkenaan dengan pengurusan jenaszah yang dilakukakn oleh anak2 sendiri berbanding orang ramai.. abah agak tertarik sebab amat bermakne pesanan ustaz, menyedarkan lagi golongan muda mudi ni.. alhamdulillah.. abah dah pun pernah mengambil bahagian dalam pengurusan jenazah.. sekadar menimba ilmu.. insya Allah, abah akan mengikuti lagi pengurusan jenazah ni bila abah dah sembuh..

   jom kita layan dulu
















mcmne?? dapat pengajaran??? ade kesedaran dalam diri?? kalau ade, jom laksanakan tanggujawab tersebut mendalami ilmu agama... okla.. abah nak kejutkan ibu untuk siap2 nak pergi kelas.. tanggungjawab bersama la katakan.. =)

P/S: ni la sebenarnye tanggung jawab anak terhadap ibu bapa yang paling bermakne.. ramai antara muda mudi sekrang yang tak sedar akan perkara tersebut.. selagi ada masa, jom same2 kita mantapkan lagi ilmu agama selagi kita berkesempatan..

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum sekalin reader...

Mula2 sekali abah dan ibu nak ucapkan selamat menyamvut maulidur Rasul...



pada hari yang indah ini sekali lagi kita diberi peulang bersama2 untuk mengamati detik kelahiran Nabi kita Muhammad Bin Abdullah.. beliau merupekan idola dan tokoh bagi sekelian umat Islam..

mai kita sama2 berselawat keatas baginda Rasulullah s.a.w bagi mengimbau kembali deitk2 sejaah baginda..
semoga mendapat syafaat dan rahmat dariNya..



Rabu, 1 Februari 2012

Masih belum ade perubahan

Assalamualaikum semua readers abah sekalian...


Berdirinye abah disini.. ehem2.. sapa ibu kat abah.. abah ni bukan masa untuk berpidato ok...  hehe.. nampak je ibu ni.. kali  ni abah nk post entry abah tentang xray semalam.. semalam merupakan 1 mimpi ngeri la katakan.. seram gak nak citer ni. mcmnila ye.. abah mulekan dengan bismillah supaya hilang sikit debaran dihati ni...


ni xray semalam.. masih tak ade perubahan... gambar xray tetap sama dengan xray yang lepas pada bulan 10..

gambar kat atas ni abah just nk komen sikit je. sebab semalam dokter yang komen abah tu dokter pakar dan die pun takde komen banyak.. macam ni la.. berdasarkan dari apa yang dokter katekan kat abah:-

1. masih tak ade sebarang perubahan even tulang pun tak bercantum..
2. dokter bagi MC 3 bulan lagi nak tengok perubahan pada tulang, kalau masih tak ade perubahan juga, kena buat operation.
3. 23/4/2012 abah kena datang jumpe dokter balik utuk buat xray dan kali ni abah kena jumpe pakar dulu kalau takade perubahan dokter akan paggil dokter operation untuk deal bila abah boleh buat operation..

tula 3 komen yang dokter perkatakan semalam.. 23/4/2012 ni jatuh pada hari isnin.. memang kalau kes berat akan jumpa dokter hari isnin untuk jumpe pakar. ape yang abah cube tanye semalam ape yang akan mereka buat, dokter tu cume bagi tau yang paling penting, dokter akan tukarkan besi pada tulang peha abah kepada besi yang besar lebih kurang sama saiz dengan tulang peha.. takut abah degar.. selebihnye akan tau bila berbincang dengan dokter bedah nanti.. 

baikla.. sampai sini saja upadate abah tentang keadaan abah.. ibu sebenarnye tengah sedih lagi sebab xray abah semalam.. thanks ibu sebab selalu disisi abah.. ok la.. abah and ibu nak keluar.. nak pergi pasar malam ni.. tak kisah la bertungkat pun.. hehe.. yer bu abah datang ni...

sampi sini dulu.. nanti abah update lagi perkembangan  kaki abah ni.. Assalamualaikum...




Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim


Assalamualaikum semue..ibu minta maaf ye sebab dah lame tak update blog..ibu dengan abah sibuk sikit sejak 2-3 hari nie..alhamdulillah,dengan izin Allah ibu dapat jugak updatekan blog abah dan ibu nie..ibu ade sikit ilmu yg ingin dikongsokan bersama..



6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.



ibu bersyukur sangat sebab kita sebagai perempuan ade kelebihannya..maka ibu nasihatkan disini,gune lah kelebihan yg Allah berikan seadanya..ibu nak jage abah..abah tak sihat..sian abah..sampai sini saje..
assalamualaikum


p/s: petikan dari Neoz Suharman