Khamis, 29 Mac 2012

Perhimpunan Aman Palestine 30.3.2012


Assalamualaikum..



Seperti yang kita sedia maklum berkenaan dengan peristiwa kemelut di Palestine, sekali lagi pihak NGO aman Palestik menganjurkan perhimpunan Aman Palestine yang akan di adakan bertempat di stadium melawati Shah Alam. perhimpunan kali ni akan menekankan lebih kepada Jerusalam dimana terdapannye 3 temat ibadat merupakan tempat ibadat bagi orang islam, yahudi dan kristian..

maklumat lanjut seperti bertikut:-

Tarikh: 30.3.2012 (Jumaat)

Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam,

Masa: 5.oo PM - 11.3o PM

Antara aktivi yang dijalankan:  -
- penyampaian sajak aman Palestine
- ucapan oleh Tun Dr. Mahathir
- Ucapan menteri Gaza secara online
- Ucapan wakil pemimpin Jerusalem
- persembahan nasyid dan banyak lagi

Maklumat lanjut boleh menghubungi:-

017 - 9720700 - Dr. Mohd Tahir
018 - 5771542 - Rose Jazimah 

atau 


http://www.mygmj.org

http://www.facebook.com/malaysiaGMJ

http://www.twitter.com/myGMJ



kepada yang berkesempatan mahupun yang ade masa pada hari jumaat ni, di alu2kan untuk memeriahkan lagi bagi menjayakan dan besama2 memberi sumbangan serta sebulat suara bersatu hati dalam melindungi warisan zaman berzaman kita sejak zaman Nabi2 kita.. semoga tanah Palestine kembali bersinar..

SELAMATKAN BUMI PALESTINE


Rabu, 28 Mac 2012

Earth Hour kembali lagi,,

Assalamualaikum....


Sekali lagi seperti tahun2 yang lepas, earth hour kembali lagi sama tarikh dan masa seperti yang lepas..

pada tahun ni earth akan berjalan seperti biase:-
Tarikh : 31.3.2012(sabtu)
Masa: 8.30 mlm - 9.30 mlm

kat bawah merupekan permandangan KLCC dan Menara KL ketika earth hour dilaksanakan.

Sebelum                                        Selepas
pemandangan KLCC ketika earth hour


Sebelum                                       Selepas
Pemandangan Menara KL ketika earth hour


macam biase, jom same2 support earth hour untuk selamatkan bumi kita. cuma 1 jam je yang diperlukan.. ape lagi, ready la tangan kat suis bile dah sampai masenye.. =)





Isnin, 26 Mac 2012

Rehat sebentar..

Assalamualaikum...



dah hujung bulan ni.. tak sabar nak dapat gaji.. gaji?? emm. mane lak nak korek ni.. keje pun dah lame tertangguh sebab kan excident tahun lepas..

now, hujung bulan yang penuh dengan aktiviti.. hujung bulan ni gak ade jualan kasut besar2an kat PWTC.. 
memang jalan sakan la jawabnaye untuk hujung bulan ni.. untuk malumat tentang festival kasut sila klik link dibawah:-


bukan setakat tu je.. kali ni pihak penerbitan buku PTS mengadakan peraduan klik link yang paling banyak akan mendapat baucer permbelian buku pada pesta buku 2012 yang diadakan juga pada PWTC pada 27 April - 6 Mei 2012.. kalau nak menang meh klik link kat bawah ni cara2nye senang je...

1. klik link bawah banner ni dulu

PTS klik dan menang baucer
2. daftar akaun fb anda
3. setelah pendaftaran berjaya. ikut arahan yang diberikan:-
  • Downlod imej timeline cover dan tukar pada profil FB yang didaftarkan.
  • atau muat turun imej profil dan tukar pada profil FB yang didaftarkan.
  • Mulakan hebahan dengan berkongsi link berikut di alam maya.
  • http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/id anda
Semakin ramai yang klik link di atas semakin tinggi peluang untuk anda menang!
Jom Hebah dan Menang! Sebarkan link anda sekarang

antara hadiah yang bakal anda miliki:-

 ape lagi nak tunggu. jom hebahkan dah anda akan memiliki baucer diatas ni..

Jumaat, 23 Mac 2012

festival PDRM ke 205

اسلام عليكم



kepada anggota PDRM diucapkan selamat menyambut hari polis peringkat kebangsaan kali yang ke 205..

sekali lagi seperti tahun yang sebelumnya setiap tanggal 25 MAR setiap tahun, pihak PDRM akan mengadakan hari polis peringkat kebangsaan.. kali ni akan diadakan di Dataran Merdeka..

maklumat seperti berikut:-
tarikh : 24 mar 2012
masa : 8.00malam - 12.00malam
kali ni akan diadakan pelancaran moskot bagi PDRM..

jom kita ramai2 pergi ke dataran merdeka untuk saksikan acara yang diadakan di sana...

festival kasut 2012

اسلام عليكم


ape ni?? macam kenal je kan?? ha.. tahun ni sekali lagi akan diadakan festival kasut peringkat kebangsaan kali ketiga di Malaysia.. difahamkan terdapat lebih daripada 650 juta pasang kasut di import ke Malaysia.. terdapat pelbagai jenama antarabangsa yang turut terlibat bagi menjayakan festival tersebut.. ape lagi nak tunggu.. festival yang diadakan selama 4 hari yang bertempat di PWTC di Kuala Lumpur.. maklumat seperti dibawah

TARIKH : 29 MAR 2012 - 1 APRIL 2012
TEMPAT : DEWAN 2, PWTC, KL
MASA : 10.30 AM - 6.00 PM

ape lagi? gaji hujung bulan ni memamg habis sakanla beli kasut.. jom serbu PWTC hjung bulan ni..








kehidupan..

اسلام عليكم





ni la ragam manusia.. celik je mata, kuar rumah je kita akan berhadapan dengan berbagai situasi ragam manusia disekeliling kita... untuk menjadi yang terbaik dah berjaya diantara kalangan mereka memang tak susah... kita hanye perlu mengenali diri kita dahulu...

mulakan langkah perjalanan kita dengan mencari siapa kah kita dan adakah kita sudah cukup cemerlang?? cara bermusafir adalah yang terbaik kerana kita bersendirian dan masa tu kita akan tau sejauh mane kekuatan diri kita.. melangkah mencari ilmu dengan lebih dalam akan menjadikan diri kita lebuh matang untuk mengahdapi dugaan hidup...


orang yang ingin mengubah hidup die pasti akan bertindak dengan segera kerana die tau masa itu emas.. sesaat maas yang berlalu itu amat bermakna bagi individu yang ingin berjaya dalam hidup..


apabila menghadapi dugaan dalam menghadapi kecemerlangan dalam hidup, seseorang tu pasti tidak akan mudah untuk putus asa dalam hidup dan die akan menjadikah kisah silam hidupnye sebagai pedoman untuk die terus kedepan.. seorang yang ingin mencari ketengan ketika dilanda musibah jalan terbaik baginaye adalah muhasabah diri dan dekatkan diri dengan Allah..



setelah kita berjaya mengenali diri, mengutaknan mental, membekalkan diri dengan iman dan takwa, tidak mudah putus asa dan sentiasa akan melakukakn sesuatu yang terbaru dalam dirinye, orang tu pasti akan berjaya.. kejayaan tu berpunca dari diri sendiri.. dengan berbekalkan ilmu dihati dah perlindungan serta berkat dari Allah..


Rabu, 21 Mac 2012

menjadi suami yang soleh

اسلام عليكم


 Subahanallah... romantiknye pasangan dalam gambar tu.. sape la yang tak nak rase nikmat bahagia suami isteri seperti dalam gambar di atas..

setiap individu mesti teringin seseorang suami yang baik mahupun istri yang baik.. tapi tak semua akan mandapatkannye.. jangam dirisaukan berkenaan jodoh yang tak baik... sesungguhnya Allah telah pun menyediakan pasangan yang terbaik untuk kita... 

berbalik pade entry kali ni, merujuk kepada tajuk diatas, kali ni entry khusus untuk para suami bagi membaiki diri dalam menjalani kehidupan suami istri.. nak jadi suami yang soleh ni bukan senang malah tak kemungkinan ianye akan menjadi senang kepada yang berusaha mengubah dirinye menjadi suami soleh..

 sumber

Panduan Menjadi Suami yang Soleh. 

  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain
  • Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
__________________________________________________________________________________
 kat bawah ni ade 1 keratan video berkenaan suami yang tebaik oleh Ustaz Mohd Kazim Elias.. jom kite tengok2 jap mane tau boleh dijadikan panduan lak.. =)


__________________________________________________________________________________


dah tau kan sedikit panduan nak jadi suami yang soleh ni kan.. sekarang jom tgok kat bawah ni lak berkenaan petua untuk menjadi suami soleh.. harap petua ni dapat membantu walaupun ta banyak. 


Petua Untuk Menjadi Suami Soleh

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5.Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
_________________________________________________________________________________
kat bawah ni ade sedikit sketsa berkenaan mencari redha Ilahi.. jom kita layan jap.

SMS: Tak Ku Sangka, Tak Ku Duga
-----

Ustaz: "Ustazah, kenapa enti tak boleh terima ana? Apa kurangnya ana?"


Ustazah: "Ustaz, saya cari yang soleh dalamannya, bukan soleh plastik luarannya. Saya tak perlukan seseorang yang berkopiah-berjubah atau yang berkata2 mengenai agama berapi2 di khalayak."

Ustaz: "Sampai ati enti cakap camtu kat ana. Terus-terang sahajalah apa sebabnya enti tegar menolak ana."

Ustazah: "Bukan sebab kurang atau lebih, soleh atau tidak. Tapi, hati ini tidak berkenan. Ditekan nanti tertekan, dipaksa nanti terpaksa."

Ustaz: "Baiklah. Tapi saya bukan ustaz plastik!"

Ustazah: "Maaf, sekarang pukul 7.35 malam. Ustaz sepatutnya tgh solat berjemaah atau siap sedia nak solat di masjid. Bila di masjid, tiada yang lebih penting dari seruan Ilahi. Lihat, inilah bukti keplastikan ustaz. Wslm."

Ustaz: "..............(arghhhhhhh sambil kayuh beskal laju2 ke parit)......."

cerita: Syabab Musafir Kasih
---
"Allahuakbar!"
p/s: macam mane, rase2 boleh buat tak?? mesti boleh punye la.. kalau nak cakp kita ni bukannye nabi leh wat macam tu semua, tapi cube kita fikirkan balik, para sahabat nabi,  orang yang hidup selepas kewafatan nabi dan orang yang hidup zaman sekarang.. meraka mampu lakukan tak kan la anda tak mampu lakukan.. tepuk dada tanye iman anda sendiri. =D

semakkan keputusan peperiksaan sekolah

Assalamualaikum..

SAPS

dunia semakin hari semakin moden dan berteknologi tiggi.. seperti saranan Tun Dr. Mahathir menyarankan mengejar MSC untuk masa depan yang lebih maju..
multimedia super corridor
sejajar degan seruan mantan perdana menteri kita, pihak pendidikan yakni kementerian pelajaran malaysia telah memajukan bidang mereka sekali lagi dalam mencipta 1 aplikasi dimana memudahkan para ibu bapa di Malaysia menyemak keputusan peperiksaan anak2 mereka dari peringkat sekolah rendah sehiggan sekolah menengah..

dengan ini tak ada lagi istilah penipuan markah peperiksaan yang dapat dilakukan oleh anak2 mereka.. kat bawah ni ada link yang akan menghubungkan terus ke laman SAPS atau dikenali sebagai sistem analisis peperiksaan sekolah dengan hanye mamasukkan number ic anak dah pilih rangakaian peperiksaan anak yang hendak dilihat oleh ibu bapa
|
|
|
V

Selasa, 20 Mac 2012

Lagi Afdal Kalau Dating Macam Nie Kan?

assalamualaikum semue :)



"Mung Nok Bawok Anok Dare Orang Naik Moto, Boleh Sokmo... Asalkan Ayoh Die Duduk Kat Tengoh"




lagi best kan dating macam nie..
family suke..yang paling penting restu dari ayah dan ibu kita :)

Hargailah Pengorbanan Kaum Hawa

assalamualaikum readers..alhamdulillah..ade rezeki ibu juga nak update blog nie..ibu sibuk sikit..maafkan ibu ye semue :) macam mane semue? sihat? insyaAllah..harap semuenye dalam keadaan sihat sihat ye..selalu abah yang update blog..abah banyak bagi tips dan ilmu ilmu yang berguna untuk kita semue..amalkan ya :)

now,ibu nak kongsikan cerita..jadikan ikhtibar cerita ini ya



Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira...



jadi,suami suami disana,kami sebagai kaum hawa hargailah kami :)
eh! abah dah balik rumah! ye sayang ! ibu datang nie..
assalamualaikum semue


p/s: tanpa kami tiada anda didunia ini




4 syarat pakai tudung yang sempurna oleh Ustaz Don Daniyal

suber Heliza Helmi hijab

Assalamualaikum...


Subahanallah! cantik!! sape tak kenal arits diatas ni kan?? Heliza, bukan cantik pada wajah sahaja, malah ianya cantik dari segi aurat yang terjaga.. beginila baru dikata penjagaan aurat yang sebenar...

berbalik pada cerita asal.. entry kali ni bukan nak fokus pada gambar yang ada diatas, tapi kali ni nak share satu perkara yang amat penting.. cara pemakaian tudung yang sebenar yang akan di tunjukkan oleh Ustaz Don Daniyal.. sape tak kenal dengan ustaz Don Daniyal dalam siaran tv al-hijrah.. pasti rata2 semuanye dah pun kenal..  kadang2 bile tgok sesetangah orang tu pakai tudung sampai macam nak tercekik je.. bukan nak salahkan cara orang tu pakai, yang membuatkan rase sedih tu bila lilit punye lilit, ikat punye ikat, sekali tak cukup kain nak dilabuhkan bagi menutup dada...
jom layan video dulu.. =)


jom tengok sketsa berkenaan tak sampai seru lagi berkenaan pemakaian tudung uang sebenarnye wajib kepada kaum wanita.. dari zaman Rasulullah s.a.w tak pernah pun ade perkataan belum sampai seru.. pada zaman Rasulullah s.a.w lagi bila datangnye Islam, orang yanag memeluk islam automatik dengan sendirinye berubah diri mereka seperti yang telah di suruh dan di ajar oleh Allah dan RasulNya..
diambil dari sumber










kepada kaum hawa sekalian yang masih belum pakai tudung tu segara la pakai tudung, rajin2 la tangna tu kalau pegi shopping ambik la tudung.. cube mule dengan bismillah dan pasang niat.. Insya Allah kalau nk berubah tu Allah akan tolong kalau  niat kita betul..bagi yang dah memakai tudung tu cube tengok betul tak cara andai memakai tudung tersebut dan awasilah pemakaian kalian bagi menyempurnakan lagi aurat anda sebagai seorang isan kaum Hawa yang dilindungi Allah.

kesalahan pemakaian yang tidak menjaga aurat wanita



p/s: berubah la segera, tiada sebenarnye erti belum dapat hidayah atau belum sapai seru untuk menjaga aurat.. ingatla Malaikat maut sentiasa menanti untuk mengambil nyawa kita bila2 masa dengan perintah Allah.. jadi, renung2kan lah...

Ahad, 18 Mac 2012

JILID 15 - CONTOH - CONTOH BERDIALOG DENGAN JIN KETIKA BERUBAT





Assalamualaikum...

Jilid kali ni merupekan jilid yang terakhir dalam entry besar ilmu alam ghaib yang dapat dikongsikan segala imformasi2 yang dapat membantu diri kita dalam mengenali ilmu ghaib yang ada pada masa kini..

kali ni entr berkenaan contoh2 perbualan atau dialog dengna jin ketika berubat.. kebiasaan kita dapat lihat ketika ustaz menghalau jin dari tubuh sesorang, membuang saka, dan sebagainye.. antara contoh yang ade seperti berikut:-

JILID 15


CONTOH PERTAMA

Percakapan antara Syeikh Wahid Abdul Salam dengan jin yang pernah masuk ke dalam tubuh seseorang.
SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Syeikh Muhammad.
SYEIKH : Mengapa kamu masuk ke dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Kerana dia memijakku di bilik mandi.
SYEIKH : Tinggalkanlah dia demi ketaatan mu kepada Allah.
JIN : Tidak, saya tidak mahu meninggalkannya.
SYEIKH : Jika kamu tidak mahu meninggalkannya, maka dengarkanlah, ( Lalu Syeikh itu membacakan awal Surah As-Shaffat hingga jin itu merasa sakit serta menangis dan berkata ) "Saya akan keluar dari tubuh wanita ini".
SYEIKH : Keluarlah kamu sekarang. Akan tetapi jin itu berbohong.
SYEIKH : Kalau kamu tidak juga mahu keluar, maka dengarkanlah! Lalu saya membaca untuknya awal dari surah Al-Jin.
JIN : Baiklah aku akn keluar.
SYEIKH : Setelah mengucapkan Assalamu'alaikum, jin itupun keluar. Segala puji untuk-Mu ya Allah.

CONTOH KEDUA

Seorang perempuan sakit pernah datang kepada Syeikh, lalu Syeikh membacakan kepadanya Surah Al-Fatihah, tidak lama selepas itu, jin yang menganggunya itupun datang.
SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Namaku Muhammad.
SYEIKH : Saya adalah seorang Muslim.
JIN : Saya juga Muslim.
SYEIKH : Adakah jin yang lain yang bersama denganmu dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Bersama denganku ada jin yang beragama Nasrani namanya Subhi.
SYEIKH : Suruh dia datang, aku ingin berbicara dengannya. Kemudian jin itu memanggilkan jin yang bernama Subhi.
SYEIKH : Siapakah Namamu?
JIN : Namaku Subhi
SYEIKH : Apakah kamu beragama Islam?
JIN : Tidak, saya adalah seorang Kristian.
SYEIKH : Berapa umurmu?
JIN : 18 Tahun
SYEIKH : Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
JIN : Ya, saya bekerja dengan seorang perempuan tukang sihir dari daerah Dasuq.
SYEIKH : Lalu saya menawarkan kepadanya supaya dia masuk ke dalam agama Islam, lalu dengan kerelaan hatinya dia mahu masuk Islam.
SYEIKH : Apakah kamu masuk ke dalam agama Islam ini betul-betul dari lubuk hatimu ataukah hanya sekadar dengan lidahmu?
JIN : Dari lubuk hatiku. ( Sambil menangis ): Akan tetapi saya telah banyak menyakiti orang.
SYEIKH : Mudah-mudahan Allah akan mengampunimu. Oleh kerana itu, bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat.
JIN : Akan tetapi saya tidak pandai berwhuduk dan solat.
SYEIKH : Apakah kamu kenal dengan jin yang beragama Islam?
JIN : Saya tidak mengetahuinya kecuali yang saya tahu hanya jin yang beragama Kristian dan gereja sahaja.
SYEIKH : Kamu boleh datang ke masjid tempat kami solat, kemudian kerjakanlah solat bersama kami dan berkenalan dengan saudara-maramu dari jin Mukmin dan belajarlah perkara agama daripadanya.
SYEIKH : Apakah kamu masih akan tetap bekerja dengan tukang sihir itu?
JIN : Tidak, kerana agama Islam melarang berbuat demikian
SYEIKH : Kemudian jin yang telah masuk Islam itupun berjanji kepada Allah dan keluar dari tubuh perempuan itu. Semoga Allah akan menguatkan agama Islam yang telah dipeluknya. Selepas itu jin yang bernama Muhammad datang dan aku tanyakan kepadanya: Apakah kamu mendengar peritiwa yang baru saja terjadi?
JIN : Ya, saya mendengarkannya.
SYEIKH : Bagaimana perasaanmu?
JIN : Sangat senang, kerana dia telah masuk ke dalam agama Islam.
SYEIKH : Selepas itu jin bernama Muhammad tersebut berjanji kepada Allah dan tak lama kemudian ia pun keluar dari tubuh perempuan itu. Semuanya ini hanyalah kurnia dari Allah.

CONTOH KETIGA

Datang seorang perempuan kepada Syeikh dalam keadaan mengeluh kerana rasa sakit di badannya. Setelah Syeikh memeriksanya ternyata dalam tubuh wanita tersebut ada jin, lalu Syeikh membacakan ayat-ayat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu, maka datanglah jin yang bernama Zainab Abdul Maujud, maka terjadilah percakapan antara Syeikh dengan jin itu :
SYEIKH : Apakah agamamu?
JIN : Islam.
SYEIKH : Apakah bacaan Al-Qur'an dapat berpengaruh terhadap jin yang beragama Islam?
JIN : Ya.
SYEIKH : Surah-surah apakah yang dapat berpengaruh kepada jin?
JIN : Sebagaimana surah-surah yang kau perintahkan untuk membacanya, iaitu surah Yasin, Ad-Dukan, As-Shaffat dan Al-Jin.
SYEIKH : Bagaimana dengan surah Al-Baqarah?
JIN : Juga sangat besar pengaruhnya, bahkan membakarnya.
SYEIKH : Apakah perempuan yang kamu masuki ini membaca ayat-ayat Al-Qur'an tersebut?
JIN : Ya, setelah dia mengerjakan amalan-amalan tersebut saya pun menjadi lemah hingga saya merasa kesakitan, dia juga membaca doa ketika makan, sehingga saya tidak dapat makan bersamanya. Jika ia lupa membacanya pada waktu dia akan makan, dia membaca: "Bismillahi awwalihi wa akhiri", lalu saya memuntahkannya kembali apa yang telah saya makan.
SYEIKH : Apakah perbezaannya antara jin dan syaitan?
JIN : Syaitan juga adalah jin akan tetapi dia kafir dan membangkang. Selepas itu jin itu berkata: Lepaskan aku!
SYEIKH : Dari manakah kamu akan keluar?
JIN : Dari mulut perempuan ini.
SYEIKH : Sambil mengucapkan "Assalamu'alaikum" jin itupun pergi. Semuanya ini adalah kurnia dari Allah SWT.

p/s: ~TAMAT~ ... semoga dapat membantu anda dalam informasi2 yang talah di kongsikan.. sedikit sebanyak telah menyedarkan kita akan buruk baik dan kesan sampingan terhadap diri kita tentang ilmu alam ghaib.. =)

Sabtu, 17 Mac 2012

Macamni ke orang OKU dilayan??


Assalmaulaiakum... 

Sob2!! T__T rase nak nangis je bile tengok buletin tv3 pukul 8 tadi.. sedih sebab ape dan ape kaitan dengan logo tu??

Dalam slot aduan rakyat tv3 dalam berita utama agak terkilan gak la tengok orang OKU ni dilayan sedemikian.. nak naik pengankutan awam punyela susah... kalau yang berkerusi roda tu takpela lagi mereka duduk.. kalau yang berdiri sebelah kaki mengharapkan bantuan tungkat tu macam mana lak?? 

yang sedihnye bukan sebab takde pengangkuatan awam, kalau dah duduk kat KL ni pengangkutan awam senang je nak dapat macam bas, teksi dan train.. jangan la ingat orang OKU ni takde duit.. kebanyakkan mereka semua ade duit saku sendiri.. walaupun mereka ade subsidi mereka tetap bayar.. 

seperti dalam aduan rakyat tadi, ade pakcik tu die dah la 1 kaki dan berkerusi roda, die nak naik teksi, bak kate pakcik tu dalam 15 buah teksi die tahan adela sebuah yang berhenti.. kesian juga tengok slot aduan rakyat tadi.. dok terkenangkan aduan rakyat tu teringat diri ini yang OKU senasib dengan orang tu.. macamtu ke yang patut diberikan layanan kepada OKU?? jahil sangat ke golongan OKU sampai meraka nak merasai nikmat kehidupan seperti orang lain pun susah.. bagi la mereka peluang. meraka pun ade perasaan juga.. meraka manusia biase seperti kita semua.. 


p/s: orang OKU ni bukan mereka nak jadi macamni.. tapi semuanye ini dari Allah..

Jumaat, 16 Mac 2012

JILID 14 - ZIKRUL MAUT ( INGAT AKAN MATI )



كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
Al Anbiya’: 35

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Assalamualaikum....



Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang, juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini, yang ingin segera mati.Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu, berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya.
Semua orang takut mati, tetepi ada yang berlebihan sekali, ada pula yang takutnya itu sedikit sahaja, bahkan ada yang tak takut sama sekali, malah berani dan ingin mati. Ketakutan terhadap mati adalah kerana dua hal :-
  • Kerana kurang atau tidak adanya pengetahuan kita tentang mati, keadaan mati dan keadaan selepas mati adalah gelap. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap dan tidak diketahui.
  • Kerana doa dan kesalahan yang sudah bertumpuk dan tidak bertaubat, sehingga mendengar kata mati sudah terbayang azab dan seksa yang diperolehinya akibat dosa dan kesalahan tadi.
Bagi orang cukup pengetahuan dan keyakinan terhadap hidup sesudah mati dan merasa dirinya tak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka baginya tak ada ketakutan terhadap mati malah ingin mati. Tetapi agama Islam melarang orang ingin cepat mati, agar dapat hidup melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya. Dan kalau ingin hidup lama adalah dengan tujuan agar dapat semakin banyak melakukan kebaikan bukan pula untuk dapat lebih banyak menumpuk harta dan kekayaan atau keturunan.
Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini, antara lain :-
  1. Perintah memperbanyak mengingati mati :
    "Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi )
  2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :
    "Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )
  3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :
    "Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )
  4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :
    "Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )


Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :
  1. Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :
    "Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." ( Riwayat Abiddunya ).Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
  2. Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.
  3. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :
    "Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim )
  4. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :
    "Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )
  5. Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
    "Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." ( An-Nur: 24 )
  6. Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :
    "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 )
    "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)
Sebagaimana disebutkan di atas bahawa mati adalah satu kejadian yang paling berat, paling menakutkan dan paling mengerikan. Satu kejadian yang pasti akan dihadapi dan dialami oleh setiap manusia, atau kejadian yang tak dapat dihindari dengan cara bagaimanapun juga. Para Nabi dan Rasul, jin dan malaikat sekalipun tidak dapat menghindari diri dari kematian ini.
Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t. menjelaskan :
  1. Kepastian tentang mati :
  2. Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka (manusia).
  3. Kemana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya.
  4. Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat.
Cara mati : Rasullullah s.a.w. bersabda :
Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ)." ( Riwayat At-Turmudzi )


P/S: mehla kita same2 merenung sejenak walaupun sesaat semoga kita akan mendapat sedikit atau sebanyak syafaat dari Allah.. semoga dengan mengingati mati kita dapat menginsafi diri kita... 

SAMBUNGAN JILID 15 antara contoh2 dialog dengan jin.. nantikan jilid yang terakhir...