Sinopsis
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama
Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu,
Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh
Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang
orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik
oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di
mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari
wajah Habib.
Di zaman ini, kehidupan dua beradik
iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan
menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura,
isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai
peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan
Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan
bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah
sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa
sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)