Assalamualaikum..
Sihat semua?? mesti ramai tertanye2 kenapa tak update blog nak tau cerite seterusnye..
maafla, sibuk sikit baru2 ni ade kenduri kat kampung.. terpakse menangguhkan perngembaraan kali ni..
kembali pada post entr hari ni.. kita akan sambung lagi ilmu pengetahuan kita berkenaan alam ghaib ni.. pada jilid 10 akan dikongsikan ilmu cara2 nak mengusir jin dalam rumah dan ayat2 yang boleh digunapakai selain itu dalam jilid ini juga dibritahu tanda2 gangguan jin di dalam rumah kita dan kaedah mengusir jin yang kita sendiri mampu lakukan..
JILID 10
Bagaimana
caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang
berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang
betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi
ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu'. Menyingkirkan segala macam
gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.
Sebab,
gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin.
Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu', lalu
berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati,
hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah
pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang
pandangan matanya.
Ada
baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya.
Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang
hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika
diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan
mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat
berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah
menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana
tunduk atas perintah Allah.
Untuk mengusir atau membunuh jin, anda boleh
membaca Ayat-Ayat Ruqyah. Cara-caranya boleh anda dapati di ruangan Proses
Pengubatan. ( Cara pengubatan yang lengkap dengan pagar diri dan peringatan )
Di
tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan
Allah untuknya,
( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi,
"Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna," sebagaimana
halnya, anda pun boleh mendo'akan kehancurannya. )
atau
mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu
berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi
petunjuk kepadanya.
Tetapi
kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja
membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam
memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk
keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, "Keluarlah dari ibu jari
kaki sebelah kiri." Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari
kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang
anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak
mengulangi kezalimannya.
Jika ada
jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak
mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si
pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya
dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya
menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan
jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang
demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar
jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin
ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.
Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan
mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi,
sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air
itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si
pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa
kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar
jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak
dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si
pesakit buang hajat di kamar mandi.
SEBAHAGIAN
TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
- Masakan
selalu dan cepat basi ( rosak )
- Selalu
kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
- Kedengaran
seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
- Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
- Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA
MENGUSIR JIN
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1)
Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut,
setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak
tiga kali.
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh
Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu
dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti
seseorangpun."
2)
Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka
ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita
didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca
ayat-ayat berikut :
- AL-Fatehah
- Ayat Kursi
- At-Takathur
- Az-Zalzalah
- Al-Ikhlas
- Al-Falaq
- An-Naas
Kemudian
renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan
di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini
dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan
bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3) Atau membacakan doa dan ayat ini ke
dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang
tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang
Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik
dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah
dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan
diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang
bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang
menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu
malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor
dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya,
dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya
Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan
perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan
segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari
kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu
yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi
(kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan
peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa
yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya
Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan
telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka.
Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat
dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi
mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang
mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas
itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian
air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan
segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di
atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
p/s: pada jilid 11 nanti akan dikisahkan tentang kesesatan dalam mengamalmkan perubatan seperti jampi serapah dan lain2..
__NANTIKAN SAMBUNGAN JILID 11__
baca ayat di dalam hati atau mengeluarkan suara??
BalasPadamboleh beri penjelasan?