Rabu, 21 Mac 2012

menjadi suami yang soleh

اسلام عليكم


 Subahanallah... romantiknye pasangan dalam gambar tu.. sape la yang tak nak rase nikmat bahagia suami isteri seperti dalam gambar di atas..

setiap individu mesti teringin seseorang suami yang baik mahupun istri yang baik.. tapi tak semua akan mandapatkannye.. jangam dirisaukan berkenaan jodoh yang tak baik... sesungguhnya Allah telah pun menyediakan pasangan yang terbaik untuk kita... 

berbalik pade entry kali ni, merujuk kepada tajuk diatas, kali ni entry khusus untuk para suami bagi membaiki diri dalam menjalani kehidupan suami istri.. nak jadi suami yang soleh ni bukan senang malah tak kemungkinan ianye akan menjadi senang kepada yang berusaha mengubah dirinye menjadi suami soleh..

 sumber

Panduan Menjadi Suami yang Soleh. 

  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain
  • Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
__________________________________________________________________________________
 kat bawah ni ade 1 keratan video berkenaan suami yang tebaik oleh Ustaz Mohd Kazim Elias.. jom kite tengok2 jap mane tau boleh dijadikan panduan lak.. =)


__________________________________________________________________________________


dah tau kan sedikit panduan nak jadi suami yang soleh ni kan.. sekarang jom tgok kat bawah ni lak berkenaan petua untuk menjadi suami soleh.. harap petua ni dapat membantu walaupun ta banyak. 


Petua Untuk Menjadi Suami Soleh

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5.Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
_________________________________________________________________________________
kat bawah ni ade sedikit sketsa berkenaan mencari redha Ilahi.. jom kita layan jap.

SMS: Tak Ku Sangka, Tak Ku Duga
-----

Ustaz: "Ustazah, kenapa enti tak boleh terima ana? Apa kurangnya ana?"


Ustazah: "Ustaz, saya cari yang soleh dalamannya, bukan soleh plastik luarannya. Saya tak perlukan seseorang yang berkopiah-berjubah atau yang berkata2 mengenai agama berapi2 di khalayak."

Ustaz: "Sampai ati enti cakap camtu kat ana. Terus-terang sahajalah apa sebabnya enti tegar menolak ana."

Ustazah: "Bukan sebab kurang atau lebih, soleh atau tidak. Tapi, hati ini tidak berkenan. Ditekan nanti tertekan, dipaksa nanti terpaksa."

Ustaz: "Baiklah. Tapi saya bukan ustaz plastik!"

Ustazah: "Maaf, sekarang pukul 7.35 malam. Ustaz sepatutnya tgh solat berjemaah atau siap sedia nak solat di masjid. Bila di masjid, tiada yang lebih penting dari seruan Ilahi. Lihat, inilah bukti keplastikan ustaz. Wslm."

Ustaz: "..............(arghhhhhhh sambil kayuh beskal laju2 ke parit)......."

cerita: Syabab Musafir Kasih
---
"Allahuakbar!"
p/s: macam mane, rase2 boleh buat tak?? mesti boleh punye la.. kalau nak cakp kita ni bukannye nabi leh wat macam tu semua, tapi cube kita fikirkan balik, para sahabat nabi,  orang yang hidup selepas kewafatan nabi dan orang yang hidup zaman sekarang.. meraka mampu lakukan tak kan la anda tak mampu lakukan.. tepuk dada tanye iman anda sendiri. =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)