sihat semua?? kembali sekali lagi dalam ilmu alam ghaib.. kali ni dalam jilid 12 akan dibongkarkan aktiviti2 bomoh atau pawang ataupun dukun yang mengamalkan perubatan sesat..
JILID 12
MENGENALI
BOMOH
Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin
Dalam Perubatan
Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga
mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil (
yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini
berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu
mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini.
Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan
pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat
kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-
A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan
khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
- Memakai
baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala
atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
- Memakai
jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya
dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya
beliau bersahabat dengan Jin Islam.
- Terdapat
juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau
berketayap.
- Ada
juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa,
Sumatera dan sebagainya.
B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau
mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga
yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat
sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada
yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka
itu.
Suara dan
raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan
berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan
adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua.
Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah
dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia
akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya
ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat
cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "
C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang
memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat
dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
- Dengan
meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan
perlu di hadapannya.
- Terdapat
juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan
menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan
kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap.
Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air
sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang
menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan
berpusing dan sebagainya.
D) Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat
membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti
pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan
pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit
akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan
sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut
biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan
pembedahan ghaibnya.
Sebenarnaya
kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan
syarat-syarat berikut, antaranya :-
- Tidak
terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
- Tidak
menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
- Kelakuan
yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
- Perawat
telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.
Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin
menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan
umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu
daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu
merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang
telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui
mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan
sebagainya..
CARA
TOK BOMOH
Tok Bomoh Makan Upah
Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.
Terdapat
juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata
kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut
atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana
kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi.
Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh
sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya
berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami
atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya
dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang
berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau
kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.
p/s: baru taukan.. huhu.. risau juga sebab zaman sekarang ilmu hitam atau perubatan sesat ni masih lagi diamalkan di dunia ni.. tak kira la di Malaysia atau di mana2.. kebanyakkan masih lagi mengamalkan ilmu sebegini.. dalam jilid 13 akan diceritakakn jenis penganiayaan manusia yang jenis dengki kepada manusia yang dituju..
__NANTIKAN SAMBUNGAN JILID 13__
Zaman sekarang ni kebanyakkan orang jumpa bomoh untuk buat benda-benda tak elok je. Kalau sakit, pergi hospital pula. Bukan nak gi jumpa bomoh. Haha.
BalasPadamtu la silapnye kebanyakkan org zaman sekrang..
BalasPadamkdg2 nk kate orang yg gune ilmu ghaib ni sesat takdela sgt.. kdg2 dorg ni mmg niat nk tlg kt dan ade gak yg jahat niat nk tlg tp tggalkan kadam die kat kt lak.. tak ke menyusahkan kt nnti.. yang pnting sumenye dari sumber ilhamdan ilmiah yg kt ada.. asa agama sebagai pedinding.. bnykkan refer to Allah adelah yg terbaik.. tak salah nk ikhtiar.