Assalamualaikum...
Sedar tak sedar hari ni dah masuk jilid 11 kisah ilmu alam ghaib.. kali ni cerita berkenaan perubatan tradisional yang acapkali kita degar menjadi amalan tradisi di tanah melayu hingga kini.. seperti ilmu batin, jampi serapah dan macam2 lagi.. tapi tu semua dulu dan dah banyak yang ditinggalkan sejak kemasukkan Islam.. namun begitu masih ade lagi yang berdegil tetap nak mengamalkan amalan2 khurafat ni... seperti yang kita tau kebanyakkan yang mengamalkan ilmu ni selalunye bomoh2.. tu memang dah biase sangat kita dengar..
dalam jilid 11 kali ni akan didedahkan berkenaan kesesatan dalam pengamalan perubatan.. tidak terkecuali kepada yang ingin berubat, meraka terpaksa mendengar kata2 dari orang yang tidak bertauliah untuk menunaikan keinginan yang berubat....
JILID 11
KESESATAN DALAM RAWATAN / PERUBATAN
Kebanyakan
kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyebabkan seseorang itu
menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang perubatan yang dilakukan Tok
Bomoh dan seumpamanya. Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah
melalui proses mengubati pesakit atau dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka
mempunyai hubungan dan meminta pertolongan dengan khadam-khadam yang terdiri
samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir.
Mereka menjadi sesat melalui berbagai cara antaranya :-
Melalui Jampi, Mentera dan Serapah.
Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera
yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka
memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi
mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah …………. Dan di sudahi dengan selawat
ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah
". Tetapi di tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan
kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau
mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti :-
Amalan Batin.
" Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu,
rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang
kining, sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang
bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Serapah lekat Tulang.
" Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh,
melela makan buat daku, kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau
nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat
Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Serapah menepung Tawar
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin
Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak
mu, aku nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di
atas aku, dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah
Muhammadurrasulullah.
Mentera Menepung Tawar.
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga
terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang
batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul
punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas, siapa punya
melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya
melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya melepas, Pelepas di padang luas,
melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas kata dgn berkat Lailahaillah
Muhammadurrasulullah.
Kesesatan
yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap
dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan
pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan
daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa
dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan
Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan
perbuatan syirik kerana menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan
meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah.
Melalui Perbuatan / Kelakuan.
Kesesatan Tok Bomoh.
Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan
kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka
yang di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan
perubatan. " Menurun " yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah
dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin bagi membantu merawat
pesakit tersebut.
Bercakaplah
Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan
berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada
hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok
Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama
ataupun qias dan lain-lain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam
Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk
ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang
dijelmakan.
Demikian
juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang
tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan
tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri.
Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan
tersebut tidak sedarkan diri.
Mak Andam
juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana persandingan ala
Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai ,
masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan
suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis
pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita.
Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui
bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam tamadun Islam, tambahan
lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya haram dan
persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w.
KESESATAN
YANG DILAKUKAN PADA ORANG YANG BERUBAT
(i) Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat.
Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.
Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.
Menziarahi
kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan sunat bagi
umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat
handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi
mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara
tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan
kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak
disedari. Waliyazubillahi min zalik.
Antara
contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang berlaku
dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di
Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja
kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu
tidak siapa pun yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi
kuburnya dengan sesuatu tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan
perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya keramat
dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat
berkat dan sebagainya.
Manakala
pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung mengunjunginya
dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning, ancak,
kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu
hajat. Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan
tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan
kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan
diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya.
Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut
sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.
Pemuja-pemuja
kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan kubur-kubur di Pulau
tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya kubur-kubur di
pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang tidak tahu
menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh
kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka
melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.
(ii) Pengeras / Upah.
Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.
Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.
Kesalahan
dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut
percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh
itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau
menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh.
Sebenarnya
mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran , Selawat-selawat
Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh syarak, berdasarkan
suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.
(iii) Pemutus Ubat.
Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-
Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-
- Pesakit
mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan
sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.
- Melepaskan
ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu
- Mandi
di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali
- Membuat
kenduri aruah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut
kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.
P/S: JILID 12 pengupasan dan pembongkaran berkenaan identiti bomoh..kita akan mengenali bomoh dengan lebih dekat..
___NANTIKAN SAMBUNGAN JILID 12___
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)