Ahad, 6 November 2011

salam aidiladha...^_^


Assalamualaikum sume..



ha.. di kesempatan ni zam nak ucapkan salam aidiladha wat sume umat islam..
klo aidiladha ni slalu orang tau pasal koban lembu dan kambing.. tp kena ingat gak, kekadang ade gak orang yang pasang hajat buat akikah..


tang ni la yang zam nak tekankan cikit... ramai orang tak tau dalam istilah daging agihan koban dan daging akikah..
kalau daging akikah, kita dok pakat sembeleh dan makan beramai2, maksudnye daging tu kenala dihidangkan pada orang ramai selepas sembeleh tu.. kalau daging korban lak, daging ni la bru kt agih2 kan dan diutamakan dulu utk orang yang kurang berkemampuan,, kita yang mampu ni kena lah bersabar ye..

ok.. sekarang zam nak bagi tau kekeliruan pada daging korban dan akikah pada seekor lembu..
andai kata la si fulan bin fulan nak wat korban dan akikah pada seekor lembu dan tuan punye hajat tu tak ade ,ala si tuan punye lembu tu pun amanahkan kepada orang yang ditugaskan untuk melaksanakan ibadah korban. pada pendapat korang sume, macam mane daging korban dan akikah tu nak di bahagikan???
|
|
|
V
OK.. jangan pening pale.. zam ade jawapannye.. macam biase la rukun2 korban dan akikah mesti kita ikut.. caranye:
lepas shja lembu tu di sembeleh, dengan niat tuan punye hajat dan dengan kebijaksanaan oranag yg ditugaskan itu, daging tu kena di bahagikan sebahagian daripada daging tu utk bahagian akikah.. contoh bahagian kaki lembu dijadikan bahagian akikah.. selebihnye adelah bhgian korban.. nah.. itu jawapannye...




fadhilat aidiladha

1. Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

2. Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." (Surah Al-Maidah, ayat 48)

3. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

4. Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)

5. Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah Al-Maidah, ayat 27

p/s: mari kita sama2 hayati kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar, dan Nabi Ismail a.s, semoga kita mendapat syafaat di hari yang penuh barokah ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)