Rabu, 29 Mei 2013

Senyum =)


Daripada Abdullah bin al-Harith bin Juza’ berkata:
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak senyum melainkan nabi”. (Nawawi dari Muslim)

Di dalam riwayat lain:
“Baginda tidak pernah melihat ku melainkan aku menerima seyuman manis daripada Rasulullah saw”. (Tuhfatul Ahwazi – Tirmizi)

Kata Saidina Umar, “Rasullullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya” (Diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Saidina Husein menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah SAW, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali ra) tentang adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan, ‘Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati,' (sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi)

Baginda Rasulullah SAW berkata,
“Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)

Daripada Qis, dari Jabir r.a berkata:
“Nabi saw tidak jauh dari ku sejak aku memeluk Islam. Nabi saw tidak pernah melihat ku melainkan pada wajahnya sentiasa mengukirkan senyuman”. (Fath al-Bari)

Daripada Samak bin Harb berkata:
“Aku berkata kepada Jabir bin Samrah: Adakah tuan pernah duduk dalam majlis Rasulullah SAW? Jawabnya: Ya, banyak kali. Baginda tidak akan bangun dari tempat baginda menunaikan solat subuhnya sehingga terbit matahari. Apabila saya bagun, barulah Baginda bangun. Para sahabat berbual-bual dan kadang-kadang bergelak ketawa dan Rasulullah SAW melemparkan senyumannya”. (Imam Nawawi Syarah Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah saw telah bersabda:
“Kamu tidak perlu bersusah payah memberikan harta kepada manusia, tetapi memadai kamu melemparkan wajah yang manis (senyuman) dan mempamerkan budi pekerti mulia”. (Faidhul Qadir)

Daripada Abu Zar r.a, berkata, Rasulullah saw bersabda:
“Senyuman yang kamu berikan di hadapan wajah saudara kamu itu adalah sedekah."(Tuhfatul Ahwazi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)