Sabtu, 29 Oktober 2011

buku yang paling best!!

Assalmualaikum readers:
selamat pagi sume.. alhmdulillah dapat gak kite bertemu lagi...
kali ni zam nk bawa korang sume menjelajahi kisah hidup idola kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
oleh yang demikian, zam nak promot kat korang buku yang mengisahkan perjalanan hidup seorang nabi akhir zaman yang amat kita sayangi dan buku tersebut mendapat sambutan yang tinggi dan terlaris dijual kat kedai - kedai buku di semua negeri.

buku yang zam maksudkan ni mengandungi kisah kehidupan sebelum Nabi Muhammad kita lahir higgala kewafatan baginda s.a.w.. dalm buku ini gak terfapat keratan - keratan terjemahan alquran yang memudahkan para pembaca menghayati dan mamahami peristiwa yang dialami baginda. kisah kehidupan baginda sebelum dan selepas menyebarkan agama Islam..

dalam buku ini gak tercatat peristiwa - perisitwa penting didalam takwim islam seperti tahun hijrah dan sebagainye.. dalam buku ini di ceritakan kisah perjalanan Nabi Muhammad dalam liku - liku dahwah baginda yang mungkin pada masa kini dah takde sesiape dapat menahannye seperti tomahan, cacian, hinaan, pembulian dalam menyampaikan dakwah yang sebenar..

so, kalau nk lagi detail, korang kne la baca sebab kalau zam cerita jadi x best la isi kandungannye... kesian kat penulis buku ni dan korang leh la dapatkan buku ni di kedai - kedai buku yang berhampiran dengan korang.

tajuk dan ulasan buku ni ade kat bawah.. meh kita usha jap..

|
|

BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH - PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI


hasil Karya:

Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman

Ulasan Buku:

Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik - “Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji - “Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm - “Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim - “Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.”

p/s : jadi tunggu ape lg cepat - cepat la pegi beli sebelum kehabisan stok.. buku yang boleh kita jadikan panduan hidup yang padat dengan intisari pengajaran yang kita boleh jadikan iktibar..

;)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)