Jumaat, 20 Januari 2012

40 KESILAPAN IBU BAPA


Assalamualaikum readers ku sekalian..

hari ni zam nak sharekan entry yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian.. tapi entry kali ni lebih memihak kepada si anak.. waa.. mak ayah kite mcmne?? jgn risau, dalam entry kali ni zam nak menyedarkan segelintir golongan ibu bapa yang actually tak sedar ataupun tak tau tentang penjagaan sebenar terhadap anak2 mereka.. kat bawah ni zam listkan 40 kesilapan yang dilakukkan oleh segelintir ibu bapa dalam mendidik anak2 dan cara mereka memberi perhatian kepada anak2.

diam tak diam kita semua hampir tak sedar bahawa yang kebanyakkan ibu bapa sekarang ni hampir meninggalkan semua perkara dibawah.. padahal anak2 adalah amanah dari Allah yang amat bernilai.. cuma ibu bapa tak dapat nak memikul tanggung jawab..
kebanyakkan ibu bapa di era baru ini, ade yang lebih mementingkan harta dari anak2.. jadi jom kita sama2 semak akan kesilapan diri kita dari segi membari perhatian kepada anak2.

- Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
- Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
- Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
- Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
- Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
- Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
- Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
- Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
- Kurang melahirkan kasih sayang
- Sering mengeluh di hadapan anak-anak
- Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
- Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
- Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
- Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
- Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
- Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
- Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
- Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
- Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
- Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
- Tidak menggunakan bahasa yang betul
- Suka bertengkar di hadapan anak-anak
- Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
- Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
- Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
- Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
- Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
- Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
- Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
- Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
- Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
- Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
- Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
- Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
- Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
- Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
- Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
- Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
- Tidak tegas mendidik anak-anak
- Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali.

*andai ade sesetengah atau salah satu perkara diatas ada pada diri kt, maka cepat2 la kita berubah sebelum anak2 kita menagih kasih sayang dan menuduh kita kelak...

P/S: anak adelah anugerah Allah yang tak ternilai. andai dah dapat anak tu jage la elok2, sebab ade orang yang nak anak tak mendapat anugerah tersebut, maka yang dah dapat tu hargailah ia. bentuk lah anak2 menjadi seorang yang beriman dan bertakwa kirana kita adalah ibarat tinta dan berus untuk melakar keindahan atau kecomotan pada kain yang diibarat anak kita.

2 ulasan:

  1. Nasihat yang bagus untuk ibu bapa...Jadilah ibu bapa yang boleh menjadi contoh & tauladan kepada anak-anaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya Allah.. ibu bapa lah yang paling tiggi peranannye menentukan sama ade anak itu dibentuk dengan menjadi seorang yang soleh atau soleha mahupun seorang munafik.. kesan negatif yang lahir dari hati anak yang berpunca dari kesilapan ibu bapa sendiri akan memberi impak yang tinggi dalam hidup seseorang anak.. anak yang baik lahir dari ibu bapa yang sentiase perihatin akan anak dia. wassalam.

      Padam

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)