Ahad, 22 Januari 2012

Darjat seorang isteri

Assalamualaikum semua..


Darjat seorang isteri???? ape tu? ha, tu la tajuk zam hari ni... kali ni zam bukan nak cite tentang hak seorang isteri ataupun tanggung jawab seorang isteri.. tp hari ni zam nk cerite tentang darjat atau kedudukan seorang isteri pada suami..

kat bawah ni zam ade senaraikan 4 golongan isteri yang para isteri atau bakal isteri mampu menilai dimanakah kedudukan diri anda.. adakah dalam kategori solehah?? tepuk dada tanye iman...

jom kita sama2 lihat sama ada anda yakni para isteri berada pada golongan 1st atau 2nd atau 3rd ataupun yang 4th? sama2 lah kita hayati...

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


p/s: para suami tak mintak pun isterinye menjadi seperti golongan isteri Siddiqin, cukupla sekadar menjadi isteri yang solehah yang dapat memahami keadaan suami dan suami tak juga mengaharapkan isteri yang fasik... maka, sama2 la muhasabah diri dan perbaiki yang dimana silapnye. Para suami memainkan peranan dalam mendidik dan membimbing isteri. jangan biarkan isteri anda terus hanyut sebab merekalah peneman hidup anda..

2 ulasan:

  1. assalamualaikum teman semua....memang banyak pesanan untuk isteri...mohon berilah juga pesanan untuk suami-suami yang sekarang ini semakin sukar untuk kaum wanita memperolehi yang berkualiti. bagaimana nak menjadi suami yang sentiasa disenangi isteri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam.. berkenaan perkara tu insya Allah sy akan postkan.. sy akan seimbangkan ianya.. jangan risau sebab pihak lelaki pun memang ade tanggungjawab terhadap istrinye..

      Padam

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)