Ahad, 26 Februari 2012

Dengan siapa kamu duduk??


assalamualaikum....

tajuk entri ni pun dah macam seram semacam je kan??kali ni abah berkesempatan sikit nk kongsikan sebuah renungan kita bersama.. jom kita layan dulu...

Dengan siapa kamu duduk

Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

  1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
  2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
  3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
  4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
  5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
  6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
  7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
  8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya 

p/s: mcmne?? dah tau mane korang semua nak pilih?? keputusan semua di tangan masing2.. jadi renung2kan lah ye... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)