Assalamualaikum...
pada hari ni abah nak sharekan informasi yang amat begna bagi kita.. pada masa kini, pada zaman yang serba gemilang ini telah kembali kita pada zaman lampau dimana zaman kegemilangan keagungan tehadap iblis dan alam ghaib semakin berleluasa.. kali ni abah nak memaparkan sebuah kisah berkenaan alam ghaib dah kerjaan iblis..
pada jilin pertama ni abah akan bercerita berkenaan apa itu jin, dari mana kejadian jin, macam mana jin hidup, tempat tiggal jin dan mcm2 lagi.. jom kita sama2 menyelami kisah kehidupan makhluak Allah ni...
JILID 1
Beriman Kepada Yang Ghaib
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat
Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun
jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa
banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda
itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat
kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita
tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan
tetapi kita tetap meyakini wujudnya.
Apakah itu Jin?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."
Awal Penciptaan Jin
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).
Bagaimana Jin Dan Syaithan Hidup
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan
mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah,
ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.
Tempat Tinggal Jin
Makhluk
jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari
manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor
seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan
manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu
Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin
Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka
turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga
menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
"Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi
jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang.
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah
kamu kencing dilubang." (HR. An-Nas'i)__NANTIKAN SAMBUNGAN JILID 2__
bagus gak
BalasPadam