Ahad, 11 Disember 2011

rahsia kebahgiaan rumah tangga

Assalamualaikum readers....


hari ni zam nk kongsikan serba sedkit berkenaan langkah2 keselamatan yang perlu ada pada setiap diri suami atau istri bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga..
kat bawah ni zam ade coretkan tips2 yang berguna utuk kita bersama.. tips ini gak zam amalkan dalam rutin rumah tangga zam.. :)

zam harap sedikit sebanyak dapat membantu korang sume dalam menyelesaikan masalah rumah tangga..

* Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
(Ingat itu pengaruh iblis laknatullah dalam melihat kehancuran ikatan murni yang dibina)

* Tidak mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain.
(Bawa bertenang, istighfar segera)

* Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
(Tidak rugi lagi meninggikan)

* Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
(Gunakan cara terbaik menarik dan memujuk pasangan. Ikhlaskan hati)

* Tidak mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu.
(Elakkan sama sekali perkara ini. Setiap orang tidak suka kesalah diungkit dan diceritakan kembali. Apa yang dah berlalu, biarkan ianya..ambil ikhtibar agar tidak berulang kemudian hari)

* Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada untuk tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
(Terutama bagi yang berkerja, jarang berada dirumah melayan suami dan anak-anak)

* Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan.
(Sebaiknya, berinterasi berhadapan dengan kata-kata baik dan cara yang baik. Tak perlu beremosi atau memendam. Bincang cara baik)

* Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari. (Ikut cara pasangan)

* Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
(Inilah sebaik-baiknya. Makin tinggi nilai peribadi insan itu jika suka mohon kemaafan atas kekhilafan).

* Tidak lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang bersalah paling banyak berbicara. (Oleh itu salah seorang mesti berdiam dan mendengar. Jika banyak berkata..maka timbul lagi rasa tidak puas hati & marak lagi apinya.. jadi air seketika..untuk tenang, Banyak bicara ----> datang banyak silap ---> + dosa ___ akhirnya = neraka tempatnya. Elakkan ye)

* Membimbing anak. Seorang suami yang tidak mengabaikan tanggungjawab seperti:

~ Memberikan nama yang baik anaknya
- Memberi nafkah (zahir & batin; bagi isteri & anak)
# Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya. (pendidikan agama bukan sekadar hantar ke sekolah sahaja.. malah perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian)


p/s : kebahagiaan rumah tagga melambangkan salah satu kejayaan kita didunia, dan sebahagian jalan untuk menuju ke syurga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. sila tiggalkan komen anda ye.. :)